ANGGOTA kumpulan Dolla, Angel akui terharu apabila peminat tidak putus memberi sokongan tatkala namanya terpalit dalam isu membabitkan pelakon Amir Ahnaf, baru-baru ini.
Menurut Angle, dirinya amat menghargai usaha peminat yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.
Teruskan Membaca“Memang saya sangat terharu melihat sokongan iDolla dan menghargai semua usaha mereka.
“Sokongan itu sebenarnya bukan untuk saya seorang sahaja tetapi semua ahli lain juga.
“Antara kami juga turut memberi kata-kata semangat dan motivasi apabila salah seorang dihambat kontroversi agar tidak mudah hilang fokus,” katanya.
Dalam pada itu, Angel sekali menegaskan dia dan Amir hanya sekadar rakan industri.
“Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, memang benar saya dan Amir sekadar kawan sahaja. Kami juga tidak pernah keluar bersama. Kawan industri sahaja,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi ahli Dolla, Sabronzo berkata, mereka akan saling memberikan sokongan antara satu sama lain dalam apa jua situasi.
“Kami akan terus menyokong antara satu sama lain dalam apa jua keadaan. Akan saling memberi motivasi antara satu sama lain supaya tidak hilang fokus dengan kerja,” jelas Sabronzo.
Terdahulu, tular di media sosial selepas tular foto mesra Amir Ahnaf dengan seorang wanita beserta beberapa mesej perbualan mereka.
Susulan itu, netizen telah mengaitkan nama Angel apabila didakwa sedang berkawan rapat dengan pelakon tersebut.