PELAKON Intan Najuwa Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Intan Najuwa, menyindir warganet yang mengecam kenyataannya berkaitan kehidupan selepas berkahwin dengan suaminya.
Dalam kenyataan tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu menyatakan rutin kehidupan sehariannya selepas berkahwin, adalah makan, tidur, kopi dan membeli-belah.
Teruskan MembacaKenyataan Intan menerima pelbagai reaksi dari masyarakat. Rata-rata memuji kehidupannya dalam masa yang sama, turut memberi kecaman dan hentaman terutama dari golongan lelaki.
Menurut Intan, hanya lelaki sebenar sahaja yang tahu apa yang terbaik buat isteri-isteri mereka.
“Hanya lelaki sebenar sahaja akan memastikan isterinya hidup dalam keadaan selesa tanpa sebarang perbalahan.Jika dia seorang lelaki, dia tahu apa yang terbaik buat isteri dan dan keluarganya. Yang bitter semua duduk diam-diam je korang takkan faham.
“Kepada semua yang bitter di luar sana, jangan risau , kami wanita tak mahukan duit korang. Kami ada duit sendiri dan karier hidup. Kami tahu macam mana nak mempunyai kewangan yang stabil, tak kira macam mana sekali pun. Walaupun dekat rumah kami masih boleh menyara diri sendiri dan berdikari.
“Berhenti rasa yang kami perempuan nak kan sangat duit korang. Kami tak berminat. Tingkat kehidupan sendiri dan pergilah bekerja,” ujarnya menerusi satu kiriman di Instagram Storynya.
Terdahulu, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, 40, mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.
Sejak dari mendirikan rumah tangga, kehidupan Intan sering menerima perhatian peminat-peminat tempatan kerana sering dimanjakan dengan kehidupan yang mewah oleh suaminya.
Baca juga :