KEMUNCULAN ramai bakat baharu langsung tidak menggugat kedudukan aktor berpengalaman, Datuk Adi Putra, 43, apabila khidmatnya masih ditagih kebanyakan penerbit bagi membintangi apa juga naskhah.
Menyingkap rahsia kekal ampuh dalam dunia lakonan dengan usia sudah menginjak 40-an, Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim berkata, segala-galanya berkait dengan kasih sayang yang dicurahkan dalam setiap naskhah.
Teruskan MembacaMemetik laporan BH Online, beliau bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana manusia hanya merancang, tapi menentukan dan sebaik-baik perancang adalah Allah.
“Sebagai pelakon, ingin kualiti jadi untuk kekal relevan bukan mudah. Ada cipta kontroversi untuk kekal relevan dan ada juga cipta pelbagai perspektif lain.
“Nasihat ini saya dapat selepas bertanya kepada guru-guru dalam bidang lakonan. Antaranya, Erma Fatima, Datuk Rosyam Nor, Ahmad Yatim dan ramai lagi,” katanya.
Namun, katanya, perlu berhati-hati agar tidak hanyut dengan godaan cinta lokasi seperti isu yang hangat diperkatakan ketika ini.
“Tak ada ilmu apapun, tapi bila berlakon perlulah ada rasa kasih sayang. Kalau tak ada perasaan itu, lakonan tidak akan sampai. Tapi, cukuplah setakat di lokasi penggambaran sahaja.
“Bagi saya, untuk mengelak kes cinta lokasi di set penggambaran perlu berbalik kepada prinsip. Kita perlu tahu, ini adalah tanggungjawab dan buat sahaja kerja.
“Tak perlu hendak fikirkan perkara lain atau tanggapan orang. Kalau itu adalah kerja, buat sehabis baik,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Adi mencipta sensasi menerusi lakonan mantapnya dalam drama Lelaki Itu yang selesai ditayangkan sebanyak 30 episod di slot Samarinda siaran TV3 pada 29 April lalu.
Buktinya, drama Lelaki Itu merekodkan capaian 1.13 bilion dalam media sosial, selain maklum balas positif daripada penonton selepas Adi berjaya memainkan watak Syed Mirza dalam naskhah berat itu dengan baik.
Baca juga: