PEMPENGARUH media sosial atau lebih dikenali sebagai anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona menyatakan pendapatnya mengenai Palestin tidak selari dengan pendapat bapanya meskipun mereka daripada darah daging yang sama menerusi hantaran di laman X miliknya pada 16 Mei 2024.
Kenyataan tersebut susulan hantaran yang dibuat ayahnya menerusi Instagram miliknya mengenai Hamas, menerima kecaman hebat warganet
Teruskan Membaca“Pendapat ayah saya tidak mencerminkan pendapat saya dalam hal ini dan saya sangat menentang kegiatan Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Sebagai seseorang yang telah melawat Palestin dan melihat keadaan di sana dengan mata dan kepala saya sendiri walaupun dalam keadaan yang dijaga, saya amat menyedari kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan mengakui bahawa kekerasan ini bermula jauh sebelum 7 Oktober lagi.
“Saya tidak bersefahaman dengan bapa saya dalam banyak perkara dan gagal memahami cara dia berfikir. Jadi tolong jangan menganggap kami bersependapat hanya kerana kami ada pertalian darah,” Ujarnya.
Sebelum ini, tular di laman media sosial berkenaan komen yang ditinggalkan bapanya menerusi hantaran di Instagram yang menyatakan rakyat Malaysia harus pergi Gaza untuk membantu orang disana bukan hanya bercakap kosong sahaja.
Terdahulu, hantaran tersebut sudah dibuang dari profil instagramnya namun ia masih tidak mampu untuk meredakan kemarahan warganet tatkala gerakan kempen #Blockout2024 masih membanjiri media sosial ketika ini.
Baca juga :