Pengacara terkenal, Hazeman Huzir turut tampil bersuara berkenaan isu Blockout 2024 yang disambut hangat di Malaysia dan ramai artis serta pempengaruh tersenarai untuk diboikot netizen dengan cara menyekat akaun media sosial mereka.
Menurut Hazeman, kesemua produk yang ada kaitan dengan zionis ini boleh dilihat menerusi platform laman sesawang yang menyenaraikan produk-produk mereka.
Teruskan MembacaMalah, Hazeman juga turut menyindir para pempengaruh yang menutup ruangan komen selepas membuat sebarang hantaran.
Menerusi satu video di Instagram miliknya, Hazeman memberikan penjelasan yang ringkas dan padat tentang bagaimana tercetusnya Blockout 2024 ini dan bagaimana ia merebak ke Malaysia.
Menurut Hazeman, dia sudah pun menyokong gerakan Blockout ini selepas berlakunya peristiwa berdarah di Palestin pada 7 Oktober lepas.
“Blockout is an important refresher campaign juga kerana sebaik sebelum ni pun kita masing-masing hilang focus kejap dengan saga sondol-menyondol yang tak berkesudahan sampai aku naik meluat.”
“Sungguh pun begitu, ramai dah hilang focus ni aku tengok. Buat blockout asalnya untuk kacau marketing tool bisnes yang ada direct link to Zionis,” katanya menerusi video di Instagram miliknya.
Jelasnya lagi, ada yang sampai ke tahap ugut bunuh malah ada juga yang semborono hentam ramai influencer tanpa usul periksa.
Hazeman turut mempersoalkan tindakan kecaman mereka itu yang sebenarnya membantu lagi menaikkan engagement di akaun media sosial mereka.
“Caranya mudah je, block and go. Tapi sampai kat kita jadi premis sebar kebencian. Tinggalkan komen mencaci maki. Bukan doh. Kau block je pastu belah. Ingat, ini untuk saudara kita di sana.”
Hazeman turut berpesan, jangan disebabkan tindakan semberono netizen ini menjadi fitnah terhadap gerakan Blockout ini dan lakukan sesuatu perkara dengan ilmu.
Baca juga: