Pelakon Amyza Aznan dilihat tidak dapat menahan air mata apabila menerima sumbangan orang ramai yang berjaya dikumpulkan bagi membantu kos rawatan anak keduanya, Adrian Adam yang kini berjuang melawan kanser tulang.
Menerusi perkongsian di Instagram, tabung bantuan yang digerakkan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil berjaya mengumpul sebanyak RM171,947.73.
Teruskan MembacaLebih menyentuh hati, Pak Nil turut menambah sumbangan peribadi sebanyak RM20,000 menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima mencecah RM191,947.
Difahamkan, kutipan tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya mengumpul RM131,127.90 hanya dalam tempoh 50 jam selepas dilancarkan.
Perkongsian itu turut mengundang perhatian ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Adrian serta keluarga Amyza agar terus kuat menghadapi ujian.
















