TULAR di media sosial baru-baru ini dakwaan seorang wanita yang mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon terkenal, Amir Ahnaf.
Pengakuan tersebut dibuat oleh seorang wanita di platform TikTok dengan nama Guinevere119 dan dia membuat pendedahan bahawa tempoh perkenalan mereka telah mencecah setahun.
Teruskan MembacaWanita tersebut turut memberi bayangan seolah-olah penyanyi dari kumpulan Dolla, Angel turut terpalit dalam kontroversi hubungan mereka.
“Sudah setahun saya mengenali dia namun sudah tiba masanya untuk saya move on, memandangkan semua orang mengetahui mengenai hubungan kamu dan dia (Amir dan Angel) dan kamu sangat berbangga mengenai itu.
“Setahun saya tunggu dia tapi saya tahu kami bukan sekufu. Yang paling sakit adalah apabila dia membuat hantaran mengenai perempuan itu (Angel) selepas berjumpa dengan saya. Apa pun, terima kasih untuk segalanya,” katanya menerusi kapsyen video terbabit.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi sokongan penuh kepada wanita tersebut dan turut berharap agar Angel tidak meneruskan hubungan bersama pelakon tersebut dengan lebih mendalam.
“Kamu berhak mendapat lebih dari itu! Muka macam Amir Ahnaf ini berlambak dekat pasar borong. Carilah someone yang sekufu dan sama good looking macam kamu,” komen Unknown.
“Senang je nak tahu, tengok saja gaya lelaki tu dari segi pemakaian dia dah tahu jenis yang suka test market. Angel pun better tak perlu lama-lama dengan Amir, lelaki macam ni susah nak cukup satu,” kata Cik Puan Omel.
“Move on saja lah sis. Red flag lah si Amir Ahnaf ni. Tang mana handsome pun tak tahu,” ujar Azeghin.
“Tak terkejut pun kalau lelaki itu macam tu sebab dah boleh agak. By the way, semoga kekal tabah ya cantik!” kata Eunjisha.
Setakat ini, tiada ulasan lanjut daripada mana-mana pihak mengenai pendedahan tersebut untuk menjernihkan keadaan antara mereka. — KL Viral
Baca juga: