BEKAS suami kepada pempengaruh, Tyrah Betyrah akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu, baru-baru ini.
Menerusi siaran langsung di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Erfan Akif bersama isterinya, Baby Azreen menafikan segala tuduhan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut selain mendakwa ianya adalah fitnah.
Teruskan Membaca“Isu yang paling teruk sekali adalah fitnah yang kata saya buat three****. Demi Allah SWT, ‘Wallahi Wabillahi Watallahi‘, tak pernah seumur hidup saya buat three**** dengan semua isteri-isteri saya.
“Kalau saya pernah buat dan tipu, laknatlah saya. Ya Allah, laknatlah aku kalau aku pernah buat three****,” katanya.
Dalam pada itu, Erfan turut menjelaskan mengenai fitnah yang mendakwa dia pernah menyuruh kesemua isterinya mandi bersama-sama dalam keadaan berbogel.
“Demi Allah SWT, laknatlah aku kalau aku mandi bogel bersama semua isteri-isteri aku. Tak pernah buat,” tegasnya.
Erfan juga menyifatkan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh bekas isterinya adalah fitnah yang sangat besar terhadap dirinya dan keluarga.
Susulan itu, Erfan meminta agar wargamaya menilai sendiri kebenaran memandangkan kedua-dua pihak telah pun memberi penjelasan mengenai perkara yang tular tersebut.
Terdahulu, Tyrah bersama seorang wanita yang dipercayai bekas madunya pernah mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi siaran langsung di TikTok.
Mereka mendakwa sering dikasari oleh bekas suaminya selain mendakwa dipaksa untuk melakukan perkara di luar jangkaan.
Baca juga: