KUMPULAN rock Amerika Syarikat, Green Day mengumumkan bakal mengadakan konsert pada 18 Februari 2025, bertempat di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.
Pengumuman itu dikongsikan menerusi laman Facebook Green Day pada Jumaat.
Teruskan MembacaBerkaitan pengumuman itu, penjualan tiket akan bermula pada 27 September, pukul 11 pagi.
Para peminat kumpulan rock ini boleh mula membeli tiket konsert di menerusi laman Go Live Asia yang dibawakan oleh Live Nation.
Pengguna MasterCard mendapat kelebihan dengan pembelian awal pada 24 hingga 26 September 2024.
Terkenal menerusi lagu ‘American Idiots’, kumpulan band ikonik ini ditubuhkan pada 1986 yang mana merupakan antara kumpulan rock terlaris sepanjang zaman dengan jualan album melebihi 75 juta seluruh dunia.
Kumpulan ini juga dilaporkan pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak empat kali dengan 17 pencalonan sebelum ini.
Difahamkan, Malaysia menjadi negara kedua Asia Tenggara yang menjadi persinggahan mereka selain Jakarta, Indonesia.
Terdahulu, Green Day pernah membatalkan kunjungan ke Asia termasuk Singapura, Filipina, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun selepas pandemik Covid-19 melanda.
Baca juga: