KEBELAKANGAN ini tular mengenai pakaian rasmi negara di pentas Olimpik Paris 2024 selepas diumumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Ahad, 23 Jun lalu.
Ekoran kontroversi tersebut, Mydin mengeluarkan satu klip video seolah-olah memerli insiden terbabit menerusi TikToknya.
Teruskan MembacaVideo yang berdurasi 45 saat itu memaparkan seorang individu menyatakan pasukan Mydin bakal merasmikan baju untuk sukan demi Malaysia.
Video tersebut turut menampilkan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin.
“Macam ni je ke baju wakil Malaysia? Baju Mydin lagi cantik lah,” ujar Datuk Wira dalam video tersebut sebelum menunjukkan baju sukan yang dicipta dan akan dijual di Mydin.
Pada 23 Jun 2024, pakaian berwarna emas dan hitam dihiasi dengan rekaan jalur harimau yang menggambarkan usaha Malaysia dalam memeriah pingat emas di Paris diumumkan oleh MOM.
Namun, peminat telah menyorot reka bentuk pakaian berkenaan sebagai “buruk”, “hodoh” dan ketinggalan zaman berbanding dengan reka bentuk busana yang diperagakan Malaysia di pentas Olimpik sebelum ini.
Rata-rata pengaruh media sosial juga turut menyindir pakaian itu dengan membandingkannya dengan pakaian kontinjen dari negara-negara lain dalam temasya tersebut.
Baca juga: