POLIS kini sedang giat memburu seorang lelaki yang didakwa merakam bawah kain wanita di sebuah pasar raya di Jenjarom baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi, pihaknya menerima laporan kes gangguan seksual daripada seorang mangsa kira-kira pukul 10.36 pagi pada 9 Disember lalu.
Teruskan MembacaKatanya, ketika kejadian wanita itu membeli-belah sebelum menyedari dia dirakam seorang lelaki tempatan.
“Mangsa kemudian memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis itu dan mendapati suspek telah mengangkat kain dan cuba merakam ke arah bawah pakaian tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Akmalriza menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan jika sekiranya mempunyai maklumat tentang kejadian terbabit boleh salurkan bantuan buat kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
Sebelum ini, tular satu video di laman X berkenaan perbuatan jijik seorang lelaki yang bertindak merakam bawah kain seorang wanita di sebuah pasar raya.
Menerusi video berdurasi 24 saat itu, lelaki tersebut melihat keadaan sekeliling sebelum mendekati mangsa dan meletakkan telefon bimbitnya di bawah kain wanita tersebut.
Oleh itu, kita perlu lebih berhati-hati dalam apa jua keadaan kerana sikap manusia tiada siapa yang boleh meneka sama ada niat seseorang individu itu baik atau jahat. — KL Viral
Baca juga: