PEMANDUAN berhemah di atas jalan raya perlu dititikberatkan supaya tidak berlakunya kemalangan mahupun perkara tidak diduga.
Bagaiamanapun, situasi berbeza berlaku dalam satu video tular melibatkan seorang pemuda dengan seorang penunggang motorsikal yang bertegang urat di laluan kecemasan Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaVideo berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik oleh @isusemasaviral di aplikasi X menunjukkan tingkah laku seorang pemuda lelaki yang tidak mengaku salah dan bersikap kurang sopan terhadap mangsa.
Kejadian difahamkan berpunca daripada sebuah kereta yang dipandu oleh pemuda lelaki itu secara tiba-tiba menukar lorong. Malah, tidak memerhatikan keadaan sekeliling.
Berdasarkan video tular itu tidak melibatkan kehilangan nyawa, akan tetapi, perkara ini membawa pengajaran buat masyarakat.
Kebanyakkan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pemandu yang kurang sopan itu dan mengkritik tingkah lakunya.
“Mak bapak kau dah cuba tenangkan kau tapi nak memekak acah gangster lagi. Buat malu je buat salah tapi tak mengaku. Bodoh sombong ore kato (orang kata). Kalau buat salah, mengaku saja dan gentle. Tak perlu melalak,” komen KhairulAmirin.
“Kesian mak ayah, dah salah sendiri nak babitkan mak ayah pulak…,” komen Faiz.
Susuan kejadian itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular kemalangan sebuah motosikal berkuasa besar dan sebuah kereta di Kilometer 22 pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, berlaku satu kemalangan melibatkan dua kenderaan tersebut di lokasi berkenaan menghala ke Kuala Lumpur jam 12.20 tengah malam.
Beliau berkata, kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tular itu melibatkan sebuah motosikal berkuasa besar jenis BMW S1000RR dan kereta jenis Honda City.
“Hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkuasa besar itu adalah seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun yang menunggang dari arah Gohtong Jaya menghala ke Kuala Lumpur.
“Ketika mana tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun telah mengubah laluan dari lorong kanan ke lorong tengah secara tiba-tiba.
“Penunggang motosikal dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Kes disiasat mengikut kaedah 6(1) LN 166/59.
Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan. — KL VIRAL
Baca juga: