PELAKON dan usahawan terkenal, Nur Fazura baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila membalas satu ciapan di aplikasi X yang dikongsi oleh seorang wanita mengenai kemelut rumah tangganya.
Wanita itu berkongsi tentang suaminya didakwa melebihkan seorang pekerja wanita muda dan cantik di tempat kerja sehingga menyebabkan konflik besar dalam rumah tangga mereka.
Teruskan MembacaSelain itu, suaminya sering melayan pekerja tersebut dengan cara berbeza termasuk menjemput pulang dan hantar, menyelesaikan urusan peribadi, bahkan enggan memberhentikan pekerja itu walaupun prestasi kerjanya kurang baik.
Akhirnya, suami wanita tersebut mengaku ingin berkahwin dengan pekerja itu walaupun wanita tersebut menolak.
“Saya rasa sangat terluka. Saya yang susah payah dengan dia dari awal, keluarkan simpanan, buat pinjaman untuk bantu dia. Tapi bila dia dah senang, semudah itu dia nak kahwin lain,” luah individu itu, yang menyatakan bahawa dia masih belum dapat move on selepas enam bulan dari kejadian itu berlaku.
Perkara yang mencetuskan spekulasi ramai ialah apabila Fazura membalas ciapan tersebut dengan penuh empati.
“Assalamualaikum sis. Sending you the biggest hugs and love that I can possibly give. Stay strong!” balas Fazura.
Komen tersebut mendapat perhatian ramai kerana khabar angin mengenai kemelut rumah tangga Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang tersebar di media sosial sebelum ini.
Spekulasi yang tercetus dalam kalangan netizen, menyatakan bahawa Fazura mungkin memberikan respon berdasarkan pengalaman sendiri berkaitan rumah tangganya dan Fattah yang sedang bergolak.
Rata-rata warganet memberikan sokongan kepada selebriti berumur 41 itu menerusi ruangan komen dan mengharapkan yang terbaik untuknya serta mendoakan agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan baik.
Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin telah hadir ke Mahkamah Syariah Petaling, Selangor bagi prosiding perceraian.
Bagaimanapun, Fattah masih belum bersedia melepaskan Fazura kerana mengakui masih sayangkan isterinya dan mahkamah kemudian menangguhkan kes berkenaan kepada 7 Oktober ini.
Untuk info, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya. — KL Viral
Baca juga: