Oleh: Haikal Tajuddin
SATU video tular di media sosial berkaitan majlis perkahwinan yang dihadiri pengantin lelaki, tetapi tanpa pengantin wanita, mengundang pelbagai spekulasi.
Teruskan MembacaPengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam, menampilkan diri dengan menjelaskan situasi tersebut di aplikasi TikTok miliknya, menyatakan bahawa tiada jodoh dan orang ketiga menjadi punca majlis itu tidak dapat diteruskan.
Sebagai ganti, mereka mengadakan majlis doa selamat.
Dalam pada itu, Adam menjelaskan bahawa pihak wanita telah memulangkan cincin pertunangan pada 23 Ogos lalu, menandakan keputusan untuk membatalkan perkahwinan.
Meski kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengedarkan kad jemputan dua bulan sebelum majlis, pengedaran kad masih dilakukan.
“Sepatutnya, majlis akad nikah dijadualkan pada 27 September, diikuti majlis sebelah lelaki pada 28 September.
“Namun, sebaik cincin dipulangkan, saya berusaha untuk mempertahankan hubungan ini, tetapi mungkin Allah sudah menetapkan bahawa dia bukan jodoh saya.
“Punca pembatalan ini adalah kerana tiada jodoh dan ada kehadiran orang ketiga,” jelas Adam.
Walaupunbagaimanapun, dia tetap berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut atas perkara yang telah berlaku dan akan diselesaikan antara mereka berdua sahaja. — KL Viral
Baca juga: