TULAR beberapa hantaran di aplikasi X tentang kad foto seorang pemuzik, Aziz Harun menjadi tanda tanya kepada warganet memandangkan koleksi seperti itu kebiasaannya popular dalam industri Korea Selatan atau K-Pop.
Perkara secara tidak langsung mewujudkan trend baharu apabila dilihat semakin ramai selebriti mula mengikut ‘rentah’ pelantun lagu Akhir Cerita itu mempunyai kad foto sendiri.
Teruskan MembacaMenurut perkongsian peminatnya melalui aplikasi X, gambar penyanyi yang berasal dari Brunei itu diperolehi ketika hadir acara bertemu peminat atau cupsleeve event yang diadakan sempena hari kelahirannya bersama peminat.
“Mesti yang ada gambarnya semua ni pergi event cupsleeve Aziz Harun sebelum ini, kemudian dapat freebies (hadiah percuma) gambar passport dia,” kata Nisa.
“Dia manfaatkan betul-betul semua gambar yang dia buat,” kata Ahmad.
Sementara itu, salah seorang peminat ‘fanatik’, Shafira, 24, Aziz juga telah membalas ke ruangan komen dengan memberi kebenaran untuk peminatnya menyimpan gambar itu sebagai satu usaha pemasaran bagi mempromosikan single baharunya, Lebih Dari Dirimu Tahu (LDDT).
“Saya hargai anda semua dalam hidup saya, tanpa anda siapalah saya. Gambar passport baru akan datang buat anda semua,” katanya menerusi akaun X miliknya.
Untuk info, Aziz mula dikenali menerusi single pertama beliau di Malaysia menerusi lagu Senyum pada tahun 2014 manakala dia pernah menyertai pertandingan nyanyian, Big Stage musim kedua pada tahun 2019.
Baca juga: