POLIS mengesan seorang wanita warga Indonesia yang pernah menyewa sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak setelah tular di media sosial tentang penemuan mayat bayi ditanam di lantai simen parkir rumah tersebut pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Polis Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis telah mengesahkan laporan berkenaanpenemuan mayat bayi dari seorang lelaki yang membuat kerja baik pulih rumah.
Teruskan Membaca“Siasatan awal oleh pihak polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi itu dijumpai di bawah simen perkarangan rumah.
“Susulan dari itu, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menjalankan bedah siasat pada 29 Ogos 2024 untuk mendapatkan punca kematian.
“Kertas siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat dengan sulit,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang melangkauiundang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.
Baca juga: