SATU video tular di aplikasi X yang melibatkan sebuah kenderaan telah ditahan oleh sekumpulan ‘gengster’ secara tiba-tiba dipercayai berlaku di kawasan sekitar Old Street, Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Menerusi akaun @MALAYSIAVIRALLL yang membuat satu hantaran dan menyatakan rasa kesal terhadap jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia.
Teruskan Membaca“Semakin lama semakin teruk jenayah kat Malaysia ni. Apa lah malang sangat nasib rakyat, dari dulu tak nak banteras sekarang jenayah depan mata je,” tulisnya.
Video tular yang berdurasi selama 41 saat itu memaparkan mangsa yang sedang memandu kereta telah ditahan oleh sekumpulan ‘gengster’ yang dipercayai berbangsa Cina menggunakan kereta jenis Velfire berwarna putih.
Salah seorang daripada kumpulan tersebut cuba untuk menahan kereta mangsa sedaya-upayanya tetapi tindakannya itu mendapat perhatian warga maya kerana dianggap seperti ‘superman’ yang kurang bijak.
Rata-rata netizen banyak meninggalkan komen yang begitu ‘pedas’ kerana tindakan lelaki yang cuba menahan kenderaan mangsa dengan badannya, malah, mementingkan keselamatan pintu kereta berbanding nyawanya sendiri.
“Jenayah apa sebenarnya ni? Geng tarik kereta? Geng Ah-Long? Geng tangkap skandal?,” kata Anabismatli.
“Yang kelakarnya, dia sempat tutup pintu Velfire dia hahah pintu lagi mahal dari nyawa dia sendiri,” kata Ilymoona.
“Saya tengok jugak dari tadi, ingatkan dia nak keluarkan pistol ke apa, rupanya dia betulkan seluar dia yang dah nak terlondeh,” kata Missmieta.
“Dia ingat dia ‘hulk’ atau ‘superman’ ke? Seluar terlondeh tu, betulkan. Nampak sangat kurang bijak tu. Jangan nampak sangat eh,” kata CaskoFriday. — KL Viral
Baca juga: