Bekas Finalis MasterChef dan Suami Dipenjara 34 Tahun Kerana Bunuh Pembantu Rumah

Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara selama 34 tahun terhadap bekas finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang, 37, dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos, 44, selepas mereka disabitkan kesalahan membunuh pembantu rumah warga Indonesia mereka pada tahun 2021.

Mangsa, Nur Afiyah Daeng Damin yang berusia 28 tahun, dipercayai dibunuh antara 8 hingga 11 Disember di kediaman pasangan itu di Amber Tower, Penampang. Ambree turut dikenakan hukuman 12 sebatan, manakala Etiqah dikecualikan kerana faktor jantina.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?