Lima lelaki menyamar sebagai anggota polis dan menyamun sebuah keluarga dalam kejadian awal pagi Ahad lalu di Semenyih, Selangor.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 5.02 pagi ketika seorang pesara berusia 55 tahun sedang berada di rumah bersama isteri dan dua anaknya.
Teruskan MembacaKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kesemua suspek memakai pelitup muka dan dua daripadanya mengenakan vest polis sebelum memecah masuk rumah mangsa melalui pintu hadapan.
Mangsa sekeluarga diugut dan dipaksa menyerahkan barangan berharga. Antara yang dilarikan termasuk barang kemas, dua telefon bimbit dan wang tunai. Nilai kerugian dianggarkan sekitar RM9,000.
Rakaman CCTV rumah turut menunjukkan kelibat beberapa suspek yang berada di kawasan luar sebelum kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan, dan Seksyen 170 kerana menyamar sebagai penjawat awam.
Pihak polis kini giat mengesan kesemua suspek. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis.