BARU-baru ini, sebuah majlis perkahwinan menjadi bualan hangat di media sosial apabila tetamu yang hadir menerima ikan laga sebagai door gift.
Langkah kreatif tersebut pada mulanya mendapat pujian kerana dianggap unik dan luar biasa. Namun, tidak lama selepas itu, ramai warganet mula mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan.
Teruskan MembacaIkan laga, atau lebih dikenali sebagai betta splendens, adalah spesies ikan hiasan yang memerlukan penjagaan rapi.
Mereka memerlukan air bersih, ruang yang cukup dan perhatian khusus bagi memastikan kesihatan serta kesejahteraan mereka.
Memberikan ikan laga sebagai door gift mungkin kelihatan menarik, tetapi bagi mereka yang kurang arif tentang penjagaan ikan tersebut, ia boleh membawa kepada pengabaian atau kematian haiwan tersebut.
Menjengah kepada ruangan komen video tular yang berdurasi 17 saat di laman X tersebut, warganet meninggalkan komen kurang senang dan menyatakan perbuatan tersebut seperti penganiayaan terhadap haiwan berkenaan.
“Tapi haiwan bukan permainan. Nak bela kena betul-betul,” komen Onlymoonies.
“Harap yang tak nak bela ikan tu tak ambillah, nanti dibiarkan je ikan tu dalam plastik,” kata RinaPippo.
“Kesian ikan tu. Ramai ingat ikan laga ni senang nak jaga and letak dalam akuarium atau bekas dan mangkuk kecil. Sedangkan mereka perlukan ruang yang luas untuk hidup,” ujar MrymIsmaill.
“Maaf saya tak setuju bagi ikan sebagai door gift. Jaga ikan perlukan ilmu dan tanggungjawab seperti haiwan yang lain. Bagi dekat orang sebarangan boleh buat ikan tu mati. Kita kena educate diri kita,” tegas MadeimoselleG.
“Ini adalah penganiayaan terhadap haiwan,” kata Ndhrhthrh.
Oleh itu, tindakan tersebut harus dilihat sebagai pengajaran bahawa walaupun kreativiti dalam door gift adalah sesuatu yang diingini, kesejahteraan haiwan tidak boleh diabaikan. — KL Viral
Baca juga: