Perbuatan seorang pemandu syarikat bas persiaran tempatan yang didakwa bercumbu dan tiba lewat daripada jadual ditetapkan, mengundang 1,001 kemarahan penumpang di Stesen Terminal Bas Larkin, Johor Bahru, Johor pada Isnin.
Perkara itu tercetus selepas bas terbabit terlebih dahulu dikatakan lewat tiba di stesen berkenaan yang memaksa penumpang menunggu lebih tiga jam sebelum bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaLebih memalukan apabila pemandu terbabit yang merupakan seorang wanita, dirakam dipercayai bercumbu dengan kakitangan syarikat berkenaan ketika memandu di lebuh raya.
Situasi itu sekali gus mengundang kecaman penumpang yang tidak berpuas hati dengan sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab kru syarikat berkenaan.
Rakaman berdurasi 14 saat itu tular di laman media sosial dan berjaya meraih lebih 50,000 jumlah tontonan setakat ini.
Ekoran insiden itu, kedua-dua kakitangan terbabit didakwa sudah dikenakan hukuman dibuang kerja dan potongan gaji terakhir.
Baca juga: