Kegagalan kawalan keselamatan di kawasan hospital telah menimbulkan masalah apabila laluan kecemasan tidak dijaga rapi, menyebabkan kenderaan awam sewenang-wenangnya meletak kereta di laluan tersebut.
Situasi ini bukan sahaja mengganggu pergerakan ambulans tetapi juga melambatkan masa tindak balas kecemasan, yang boleh mengancam nyawa pesakit dalam keadaan kritikal.
Teruskan MembacaPerkara yang sama berlaku menerusi sebuah video yang tular di laman X, memaparkan sebuah ambulans gagal untuk memasuki laluan kecemasan di hospital kerana terdapat kenderaan orang awam memarkir di situ dan beberapa orang tertanya-tanya keberadaan pengawal keselamatan untuk menjaga trafik di situ.
Namun, rata-rata warganet menyalahkan pemandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan common sense untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan kecemasan.
“Guard kat sana patut ada kuasa saman kesalahan parking,” komen Baem_Fuad.
“Ramai yg Salah faham. Guard kerja dia jaga keselamatan, bukan jaga parking, jalan, manusia dan orang sakit. Kalau ye pun nampak guard buat semua tu atas budi bicara saja,” kata ElfieNazz.
“Ramai orang kita ini memang mementingkan diri sendiri. Nak senang diri sendiri je. Dah tahu keadaan sesak, nak juga dia parkir situ. Bila ditegur, tak puas hati. Nak salah kan hospital sebab tak cukup parkir,” ujar Malacire.
Situasi sebegini menekankan kepentingan pemantauan ketat di laluan kecemasan hospital agar insiden sebegini tidak berulang dan nyawa pesakit tidak terjejas akibat kelalaian. — KL Viral
Baca juga: