SERAMAI 40 orang bertuah menerima tajaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunaikan umrah baru-baru ini, namun perhatian warganet lebih tertumpu kepada kehadiran penceramah kontroversi, Ebit Lew, dalam majlis penghantaran jemaah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ebit, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, yang sedang berdepan 11 pertuduhan seksual di mahkamah, dilihat turut serta bersama jemaah dan beberapa kenalan rapat ketika menghantar kumpulan tersebut.
Teruskan MembacaKehadirannya telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Ramai menyuarakan rasa tidak senang, mempersoalkan motif di sebalik penglibatannya.
“Aku ada banyak persoalan terutamanya kenapa Ebit Lew pun join sekali? Kes tengah jalan, isu seks pun boleh senyum lebar lagi sambil join?” komen Gajuspedas.
“Bila ada Ebit Lew terus aku ‘turn off’, tapi aku tetap merasa kehebatan mereka yang dapat panggilan Allah ni. Cuma dia je lah,” kata Nafiznazly.
“Kenapa Ebit Lew ada ek? Apa-apapun, semoga semua mendapat umrah yang mabrur. Amin,” ujar Towhomit.
Namun difahamkan, syarikat agensi pelancongan yang bertanggungjawab menaja perjalanan ini dimiliki oleh rakan baik Ebit.
“Dia (Ebit) hadir bersama hantar jemaah sahaja, owner agensi penganjur tu kawan dia,” jelas Aiensyamsul.
Walaupun kehadiran Ebit Lew mencetuskan perbincangan, harapan utama kekal agar para jemaah dapat menunaikan ibadah dengan khusyuk dan memperoleh umrah yang mabrur. — KL Viral
Baca juga: