Dalam sebuah hantaran di Instastory, Shila atau nama sebenar Nurshahila Amir Hamzah menghalau individu yang dikenali sebagai Eiza dari rumah banglo dihuni keluarga mereka selewat-lewatnya Jumaat.
“Eiza yang sudah lama duduk rumah saya di Langat itu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang. Sila keluar dengan kadar segera,” tulisnya
Teruskan MembacaShila turut memberi amaran kepada wanita berkenaan agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai diri atau keluarga Shila di media sosial.
“Satu sahaja ayat keluar daripada awak mengenai saya atau keluarga saya di media sosial, saya akan hantar surat tuntutan kepada awak.
“Saya sudah pernah beritahu hal ini kepada ibu untuk minta dia keluar sejak tahun lalu. Lagi pula dia masuk ke rumah itu tanpa keizinan saya,” tambahnya.
Sebelum ini kemelut adik beradik penyanyi Shila Amzah heboh diperkatakan oleh warganet apabila adiknya, Syada Amzah memuat naik Instastory mencari rumah sewa kerana rumah yang didiaminya bakal dijual.
Syada turut menyifatkan dia dihalau daripada rumah seperti haiwan jalanan.
Tidak lama selepas itu, adik lelakinya, Amir Syafiq turut mendedahkan bahawa Shila berkelakuan biadab kepada ibunya, Fauziah Sarman.
Dia turut menyatakan Shila membuat keputusan menjual banglo itu tanpa berbincang dengan keluarga.
Shila tampil membuat kenyataan pada Khamis minggu lalu bahawa dia tidak berniat menghalau tetapi menjual rumah banglo tersebut untuk mencari kediaman yang lebih baik.
Penyanyi itu turut menambah bahawa rumah itu dibeli atas namanya hasil pendapatan daripada persembahan nyanyian.