PEMPENGARUH terkenal negara, Pinn Yang mengumumkan perkahwinannya dengan pengasas bersama blog makanan tempatan Foodie Malaysia yang dikenali sebagai Mei Mei.
Pinn Yang, atau nama sebenarnya Nicholas Lim Pinn Yang, 31, berkongsi khabar gembira tersebut melalui hantaran di TikTok miliknya dengan beberapa keping gambar ketika majlis perkahwinannya.
Teruskan Membaca“Sebahagian daripada previu eksklusif gambar (perkahwinan) saya dan isteri, Mei Mei. Hari yang paling membahagiakan dalam hidup kami,” katanya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Dengan kapsyen tersebut, Pinn Yang turut berkongsi 18 keping gambar yang menunjukkan sekitar resepsi perkahwinannya bersama isteri yang turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan.
Difahamkan, resepsi tersebut diadakan di The FOUNDERS Hutton yang merupakan sebuah kafe di kawasan timur laut Pulau Pinang.
Setakat ini, hantaran tersebut mempunyai lebih 6,000 tanda suka dan dibanjiri ratusan komen yang turut bergembira dengan khabar tersebut.
Pinn Yang yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Good Foodie Media Sdn Bhd serta pemilik syarikat kepada channel Foodie Malaysia.
Dia yang turut terkenal dengan kandungan di media sosial membantu dan menghadiahkan orang secara rawak dengan hadiah mewah dan wang tunai.
Dia juga mempunyai kira-kira 5.1 juta pengikut di TikTok dan 901,000 pengikut di Instagram. — KL Viral
Baca juga: