SELEPAS Aliff Aziz tampil membuat kenyataan tentang isu yang berkait dengan dirinya dan isteri, Didi Astillah kemudian membidas kenyataan Aliff dan adiknya Aisyah Aziz.
Didi yang merupakan adik kepada Bella Astillah mula membidas kenyataan Aliff yang berputar-belit dan berunsur berat sebelah dengan hanya menyuarakan kesalahan isterinya.
Teruskan Membaca“Ya, Kak Long (Bella) pernah buat salah, tapi kalau Aliff sayang, hormat dan perlakukan dia sebagai seorang isteri, mustahil untuk benda itu terjadi.
“Setelah 10 tahun dia terima dan bersabar atas kecurangan Aliff dan dah bertaubat, tapi Aliff bila nak bertaubat?”, katanya.
Tidak lama selepas itu, adik kepada Aliff Aziz iaitu Aisyaah Aziz, tampil membuat kenyataan kerana terkesan dengan kontroversi dan meminta orang ramai untuk turut simpati dengan keadaan abangnya yang juga dalam fasa penyembuhan.
“Saya tak boleh tidur dan terkesan dengan energi (tenaga) hari ini dan saya memohon maaf kalau saya ada bercakap lebih mungkin sebab terikut perasaan lepas baca satu hantaran yang dibuat Didi Astillah.
“Cuaca baru nak okay tapi ada pulak yang nak menambah-nambah and make things worse,” katanya.
Bengang dengan kenyataan Aisyaah, Didi menyenaraikan lapan perkara bagi menjawab kemelut yang berlaku antara keluarga mereka.
Kontroversi berkenaan lebih rumit apabila ahli keluarga Aliff dan Bella saling berbalas kenyataan di media sosial.
“Dekat komen bukan main cakap baik-baik, kalau DM bukan main gila,” katanya.
Dalam masa sama, Aisyaah turut menggesa Didi Astilah di Instagram miliknya supaya mendedahkan perbualan mereka yang diklasifikasikan sebagai ‘gila’ oleh adik kepada Bella itu.
Sebelum ini, Didi turut meluahkan rasa bengang apabila Aliff muncul dalam temu bual menerusi program Melodi dan membangkitkan kembali beberapa perkara termasuk hubungan Bella dengan pelakon Muaz Zabir.
Malah, Didi mendakwa kenyataan Aliff sengaja ingin menutup kesnya ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Baca juga: