Terkini

Wanita warganegara Thailand jatuh tingkat 23, saksi nampak mangsa ditolak

SEORANG lelaki ditahan dipercayai telah menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Selangor pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihanya menerima laporan membabitkan kejadian itu sekitar pukul 10.02 malam.

Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa merupakan wanita warganegara Thailand berumur 32 tahun dan tidak bekerja.

Baca juga: Taman Kejiranan Ikhlas dibuka 24 jam untuk menggalakkan gaya hidup sihat penduduk setempat

“Menurut saksi semasa kejadian terdengar pergaduhan, dia antara mangsa dengan suspek serta nampak mangsa ditolak daripada tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut.

“Suspek merupakan seorang lelaki India berumur 37 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, suspek juga mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah.

Baca juga: Hisap rokok sambil tuang petrol, tindakan merbahaya pemandu bas undang kebimbangan masyarakat

Hasil ujian saringan air kencing dapati suspek juga positif dadah jenis Canabis.

“Suspek direman pada 29 Februari pukul 9 pagi di Mahkamah Shah Alam,” katanya.

Sisatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau pemenjaraan bagi satu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun, tetapi tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali. — KL Viral

Pelbagai

Scroll to Top