TULAR apabila 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi Khairulaming habis terjual mengundang perbandingan oleh peminat usahawanita The dUCk, Vivy Yusof.
Menurut sebuah ciapan di aplikasi X, reconnuissance menyatakan kejayaan Khairulaming masih tidak setanding dengan Vivy Yusof atau Vivy Sofinas Yusof.
Teruskan MembacaKatanya, Vivy Yusof memang layak menerima dana khazanah disebabkan beliau banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan diiktiraf di Asia Tenggara.
“Instead of him I still prefer it goes to Vivy. She employed large number of malaysian diversity. worked with royalty, she cummed her brand all over Southeast Asia.
“CNN mentioned her and Malaysia. What did this guy offering other than ‘just nice’ ,” katanya di aplikasi X.
Ciapan itu mengundang banyak kecaman yang menyatakan perbandingan itu tidak relevan kerana Khairulaming bermula kerjayanya dari keluarga yang sederhana.
“There’s a big different, Vivy come from a filthy rich family while KA is not,” komen ariffhafiz.
“She managed to do that only with Khazanah while KA all by himself,” komen KhalidNorazmi.
Sebelum ini, Vivy Yusof menerima kecaman hebat apabila didakwa menciplak hasil rekaan tudung beberapa syarikat tempatan.
Baca juga: