JUALAN Dendeng Nyet Berapi oleh pempengaruh media sosial, Khairulaming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 32, habis terjual dalam masa 3 minit 39 saat sahaja.
Personaliti kandungan digital merangkap ahli perniagaan itu mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong dirinya dalam bidang perniagaan sambalnya tersebut menerusi akaun Instagram miliknya sendiri.
Teruskan Membaca“Kita berjaya! Jualan RM1.2 juta terpantas di TikTokshop Malaysia. Jumlah keseluruhan sebanyak 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi telah habis dijual dalam masa 3 minit 39 saat sahaja.
“Ribuan terima kasih diucapkan, malah, tidak cukup dengan terima kasih sahaja kepada semua yang setia menyokong saya sejak dari 3 tahun lepas. Terima kasih sekali lagi buat semua,” tulisnya.
Khairulaming mencatat sejarah baharu apabila hasil jualan berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta dalam masa yang singkat. Malah, tidak ketinggalan, rakan artis seperti Beto Kusyairy, Wawa Zainal, FedtriYahya, serta pakar motivasi Datuk Fadzilah Kamsah juga turut meninggalkan komen yang positif terhadap kejayaannya itu.
“Syabas, tumpang bangga atas kejayaan ini,” kata Beto Kusyairy.
“MasyaAllah, alhamdulillah bangga atas kejayaan Khairulming,” Wawa Zainal.
“Tahniah, nak. Tok Abah bangga Malaysia ada anak muda seperti kamu,” Datuk Fadzilah Kamsah.
“Moga dapat terus berkembang dan muncul sebagai empayar perniagaan Muslim termaju. Ramai anak watan dapat menumpang rezeki di bawah sayap yang teguh. Amin,” FedtriYahya.
Sebelum ini, Khairulaming telah mengeluarkan satu sambal hasil resepi masakannya sendiri iaitu Sambal Nyet Berapi tiga tahun lalu, kini dia mengeluarkan produk keluaran terbaru yang kedua turut mendapat sambutan yang baik dari peminat.
Baca juga: