NAMA pelakon kontroversi, Fathia Latiff sekali lagi menjadi buah mulut netizen selepas dia memuat naik hantaran di Instagram menyatakan luahan hati mengenai hubungan antara anak dan ibu.
Menerusi perkongsian itu, Fathia berkata, dia berasa amat sedih apabila seorang ibu sanggup memecah belahkan silaturahim antara adik beradik sejak kecil.
Teruskan MembacaPelakon drama Ariana Rose itu turut meluahkan rasa kecewa apabila si ibu sanggup menyalahgunakan kuasa dan darjat sebagai ‘ibu’ hanya kerana mempunyai perasaan dengki kepada anak sendiri.
Malah dia akui berasa terkilan apabila seorang ibu kandung yang mempunyai niat tidak baik untuk membunuh anak sendiri.
Di akhir hantaranya, Fathia menyatakan bahawa dia tidak kisah, jika perlu menjalani kehidupan seorang diri keranan dia percaya bahawa Allah S.W.T sentiasa bersamanya.
Bagaimanapun, KL Viral masih tidak dapat mengenal pasti siapakah gerangan disebalik seorang ibu yang dimaksudkan oleh pelakon itu.
Baca juga: