TINDAKAN seorang pemandu yang tidak bertanggungjawab tular di media sosial kerana telah menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini.
Video berdurasi 40 saat yang tular di aplikasi X memaparkan tindakan seorang pemandu dengan kenderaan jenis Toyota Camry, tidak mengendahkan amaran daripada ambulans yang membawa pesakit.
Teruskan MembacaWalaupun siren kecemasan dibunyikan semasa kejadian, pelaku yang dirakam terus memandu dengan laju ke lorong kanan serta enggan memberi kerjasama untuk memberikan laluan kepada kenderaan berkenaan.
Selain itu, tindakan yang tidak sewajarnya itu diteruskan dengan pemandu tersebut memperlahankan kereta walaupun berada di lorong paling kanan.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan netizen serta meninggalkan luahan di ruangan komen dengan pelbagai reaksi yang mencemuh tindakan pemandu tersebut.
“Pemandu macam ni jangan bagi tiket saman terus gantung lesen selama 6 bulan. Baru yang lain tak berani buat,” kata Muhazzan.
“Biadap, esok kalau kereta dia kemalangan jangan panggil ambulans. Suruh dia jalan sendiri pergi hospital,” kata Sharizal.
“Tak kena dekat diri sendiri boleh lah buat macam ni. Satu hari nanti akan terkena juga. Mungkin masa tu mak, bapak, isteri, anak-anak atau adik-beradik dia yang tengah terbaring dalam ambulans tu,” kata Najwa.
“Jangan ada masalah pendengaran juga sudahlah. Tipulah tak dengar kau boleh tengok kot dekat cermin pandang belakang kau ada lampu ambulans tu. Apa punya perangai,” kata Molla.
Sebagai masyarakat yang mempunyai nilai murni yang tinggi, kita perlu menunjukkan sikap yang baik agar tidak memberi kesan negatif pada generasi akan datang. — KL VIRAL
Baca juga: