PERLAWANAN akhir saingan Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar, pasukan Harimau Malaya berjaya menentang Korea Selatan dengan mata seri baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad pasukan Harimau Malaya kerana berjaya memberi tentangan sengit kepada juara dua kali Korea Selatan.
Teruskan MembacaDalam pada itu, beliau juga berharap pasukan bola sepak negara akan meneruskan perjuangan dan tidak patah semangat demi mengharumkan nama negara.
“Tahniah diucapkan kepada Harimau Malaya yang telah memberi tentangan sengit kepada Korea Selatan.
“Terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan anda selepas ini, usah menyerah kalah,” kata Anwar menerusi Facebook beliau.
Memetik laporan Berita RTM, ketika perlawanan berlangsung, Harimau Malaya hampir menumbangkan juara dua kali itu sebelum mencatat keputusan seri, 3-3, walau bagaimanapun, Korea Selatan kekal tempat kedua Kumpulan E dengan mengumpul lima mata manakala Malaysia memperolehi satu mata.
Sebelum ini, saingan Kumpulan E bagi Harimau Malaya, pernah menentang Bahrain dan Jordan masing-masing dengan keputusan 0-4 dan 0-1.
Baca juga: