Oleh: Haikal Tajuddin
‘SUNGGUH tidak berhati perut’, itulah ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang isteri apabila mendapati suaminya berlaku curang dengan seorang wanita janda.
Teruskan MembacaMenerusi satu hantaran Facebook yang dikongsikan oleh Suhaila Fakri, mengakui tindakan yang dibuat oleh suaminya itu tidak berhati perut kerana sanggup meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil.
Dalam perkongsian yang sama, ibu kepada empat orang anak itu, mengakui wanita yang digelar sebagai ‘penyondol’ itu berperwatakan muslimah dan menggunakan harta sebagai ‘pemikat’ suaminya.
“Setelah berbelas tahun saya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, menjaga rumah tangga serta anak-anak saya dengan sehabis baik. Ini balasan yang saya dapat dari suami dan keluarganya?
“Hanya kerana suami telah dipinang oleh janda (wanita yang diceraikan) kaya, mereka sanggup menganiaya kami anak beranak.
“Penyondol itu pun sudah bagi suami berbagai kemewahan, macam kera mendapat bunga, dapat barang yang berjenama terus jadi kelabu mata,” luah wanita tersebut.
Tidak terhenti di situ, si suami juga telah meninggalkan beban yang berat dengan mengambil kereta yang merupakan aset penting untuk isterinya.
Menyerah kepada takdir, si isteri kini hanya mampu mengharapkan keadilan itu akan dapat berada di pihaknya kelak.
Oleh itu, sebagai seorang suami yang ‘mithali’ lebih wajar untuk menunaikan janji dan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana yang membuat pilihan untuk berkahwin adalah diri kita sendiri. – KL Viral