Oleh: Haikal Tajuddin
TIDAK lekang dengan pelbagai kontroversi, baru-baru pemilik akaun, @diamonte._ mengeluarkan satu lagi video berkenaan temu bual yang dibuat ke atas seorang wanita yang mengakui dirinya memiliki akaun Dark Side (DS).
Teruskan MembacaPada awalnya didapati, video tersebut dimuat naik menerusi aplikasi TikTok, namun sebalik video berdurasi satu minit 13 saat itu mendapat perhatian di aplikasi X sehingga mendapat kecaman hebat dari warganet.
Percaya atau tidak, wanita tersebut yang mengelar dirinya sebagai Lana, mengakui memiliki akaun DS khas yang dibuat bersama suami lalu dipasarkan menerusi aplikasi X.
Pada awalnya, pemilik akaun itu hanya menyoal berkenaan perempuan yang memiliki akaun DS, malah Lana mengakui bahawa perkara itu adalah biasa bagi golongan wanita.
“Bagi saya, okay sahaja sebab saya pun buat DS bersama suami saya,” kata Lana.
Dalam pada itu, Lana juga turut disoal berkenaan dengan perasaannya jika mendapati suaminya melakukan hubungan intim bersama perempuan lain.
Malah, dia juga turut memberi respon positif dengan menyatakan perkara tersebut tidak memiliki sebarang masalah dan lebih bersifat terbuka.
“Saya okay sahaja. Saya pun ada sekali dia ‘buat’ dengan teman lelaki saya.
“Kadang-kala, teman lelaki saya pernah melihat saya buat bersama suami saya sendiri,” ujarnya.
Lana yang mengakui sudah mendirikan rumah tangga selama dua tahun setengah turut mempromosikan akaun DS menerusi akaun tersebut dengan harapan dapat menerima sambutan hangat dalam kalangan warga Tiktok dan Twitter.
Sebagai info, @diamonte._ merupakan sebuah akaun TikTok yang sangat terkenal dengan sesi temu bual yang dibuat kepada individu terhadap isu-isu sosial yang berkait rapat dengan golongan remaja.
Menerusi akaun tersebut, pelbagai isu berkaitan kenyataan daripada golongan remaja mula berbangkit dan kononnya semua itu adalah sebagai lakonan semata-mata.
Baca juga: