SEORANG kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun sanggup menjadi mangsa pemuas nafsu rakannya sendiri akibat merosakkan pemadam milik pelaku dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk menggantikannya.
Difahamkan kes berkenaan berlaku pada tahun lalu namun mulai tular baru-baru ini setelah kes tersebut disiarkan di akhbar tempatan.
Teruskan MembacaKes tersebut juga telah mendapat perhatian warganet yang jelas menunjukkan rasa kurang senang dengan perbuatan pelaku tersebut dan mulai mempersoalkan moral generasi muda pada masa kini.
“Kecil macam ni pun dah tahu pasal seks. Dulu aku masa Tingkatan 1 pun masih ingat beranak (bersalin) ikut pusat,” sindir Mas4638.
“Apa yang terjadi dengan kanak-kanak sekarang? Bagaimana mereka boleh berfikir mengenai perkara itu?” soal Tiwikerama.
“Aku tak dapat bayangkan perbualan mereka ini macam mana sehingga boleh membawa ke arah itu, entah apa yang didedahkan kepada mereka kalau seawal umur sembilan tahun sudah boleh jadi macam ini. Tolonglah pantau anak-anak semua,” kata Pimthakrit.
“Dahsyat budak zaman sekarang. Dulu masa darjah 4 aku ingatkan kalau cium pipi terus mengandung, lepas tu kena bersalin melalui mulut macam ikan dekat pasar raya,” kata AnsSofyya.
Selain mempersoalkan moraliti kanak-kanak berkenaan, warganet turut menuding jari kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit yang jelas gagal mendidik anak mereka dari segi agama dan moral.
“Tanya ibu bapa mereka, didikan d rumah bagaimana. Adakah dibiarkan sahaja anak-anak main media sosial tanpa dipantau apa yang mereka consume setiap hari. Kadang-kadang korang kena bersyukur ada strict parents yang tekankan bab agama,” komen Muhd_Umar.
“Allahuakbar! Tolonglah jangan beri gajet kepada mereka sebab mereka dapat semua ini daripada situ. Ibu bapa tolong pantau anak-anak dan gajet mereka. Rosak anak-anak muda sekarang,” kata Aearnirah.
“Masyarakat sekarang dah ‘sakit’. Kanak-kanak Malaysia perlu diberhentikan daripada mendapat gajet dan akses internet tanpa kawalan. Ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk semua ini,” kata Azhaaaaam.
Oleh itu, Isu tersebut sudah tentu membimbangkan hingga mampu merosakkan kualiti generasi masa hadapan yang menjadi pelapis negara.
Semoga semua pihak mengambil iktibar daripada kes itu demi menyelamatkan moraliti generasi akan datang. — KL Viral
Baca juga: