KUCING jalanan bernama Baby, milik pasangan Shaharudin Shuib dan Rooaida Mohd Darus, muncul juara dunia di Pertunjukan Kucing Antarabangsa di Oslo, Norway.
Baby berjaya mengalahkan lebih 1,500 kucing dari seluruh dunia melalui keperibadiannya yang manja dan tenang ketika sesi penilaian berlangsung.
Teruskan MembacaPasangan tersebut sering membawa Baby ke pelbagai pertunjukan kucing dalam negara untuk membiasakannya dengan suasana ramai.
Selain sifatnya yang menawan, bulu Baby yang dijaga rapi turut menarik perhatian para juri dalam pertandingan itu.
Di pentas akhir, Baby turut bersaing dengan kucing lain milik pasangan tersebut iaitu seekor kucing jantan bernama Miko.
Delegasi Malaysia ke Oslo terdiri daripada sembilan ekor kucing termasuk empat kucing jalanan hasil inisiatif Kelab Kucing Malaysia (KKM).
Menurut Rooaida, Baby merupakan kucing jalanan biasa yang mereka pelihara dengan penuh kasih sayang sejak bertahun-tahun.
“Baby hanyalah kucing biasa yang kami ambil dari jalanan dan dibesarkan dengan baik,” kata Rooaida.
Namun siapa sangka, kucing biasa dari jalanan mampu menewaskan kucing yang mempunyai baka pelbagai dalam pertandingan tersebut. — KL Viral
Baca juga: