SATU video telah dikongsikan di media sosial baru-baru ini berkenaan kejadian butik jenama terkenal, Elrah Exclusive telah terbakar yang dipercayai terletak di Bangi, Selangor.
Menerusi video itu, ia memaparkan pihak Bomba sedang giat melakukan operasi pemadaman api sambil dibantu beberapa pekerjanya.
Teruskan MembacaDalam masa sama, beberapa netizen meninggalkan komen yang berunsur semangat, namun, ramai juga yang meninggalkan komen-komen yang negatif sehingga mengaitkan peristiwa berkenaan rumah tangganya.
“Orang iri hati dengan kejayaan orang lain sanggup buat apa sahaja untuk jatuhkan seseorang. Tetap bersabar El,” kata Syed.
“Allah Maha Besar, makhluk takda kuasa. Ujian hebat untuk orang hebat,” kata Hafizuddin.
“Terbaiklah cameraman, tak rasa macam kejadian betul pun. Rasa semua macam berlakon je siap semua sudut kamera ada,” kata Khairulpis.
“Bila sampai hujung video semua pandang kamera, rasa macam video ni iklan je,” kata Aenazlan.
“Gempak betul, aku ingat filem Polis Evo tadi,” kata RoniMacroon.
“Tiap tahun Elrah terbakar. Macam ada sesuatu je? Macam saja bakar sebab nak dapat insurans, Wallahualam,” kata Zul.
Baca juga: