USAHAWAN dan pelawak, Shuib yang berkongsi kepada umum bahawa satu-satunya anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra sudah mencapai akil baligh selepas datang haid pada Khamis lalu.
“Satu-satunya anak perempuan daddy sudah masuk ke alam dewasa. Sudah jadi anak dara. Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Teruskan MembacaSusulan daripada hantaran berkenaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, menerima pelbagai teguran daripada warganet yang berasa kurang senang dengan hantaran tersebut.
“Inilah sejenis ibu bapa pentingkan diri tak fikir pasal anak. Tolong hentikan budaya anak sebagai content (kandungan)! Boleh baca kanak-kanak yang dijadikan content membesar macam mana. Tolong lindungi anak-anak. Jangan pentingkan diri,” komen Browsingmenu.
“Perkara ini seeloknya tidakk perlu diberitahu kepada umum. Sekarang satu Malaysia sudah tahu anak tu dah baligh, kasihan anak tu,” kata Zahirah Zulkifli.
“Nak umumkan seperti mengikut budaya kaum lain pula, rahsia peribadi perlu disimpan, kita Melayu dan Islam kena jaga aib. Jangan nak hebohkan,” komen AniAli58.
Namun, terdapat juga warganet yang berasa gembira dan sebak melihat Talita, 11, yang kini sudah menginjak ke usia dewasa menerusi ruangan komen tersebut.
“Alhamdulillah, kalau ada arwah Siti Sarah mesti arwah gembira anak-anak dah besar,” komen Mahdalina.
“Rasa terharu sebab anak sudah besar, saya faham dengan Shuib,” kata Kumeow.
Sebelum mengahwini Watie Hanifiah, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8 dan Ayyash Affan, 3 tahun. — KL Viral
Baca juga: