Oleh: Haikal Tajuddin
NIAT untuk tular seakan-akan terbantut apabila terdapat segelintir peniaga tergamak menjual gulai kepala kambing, namun tidak membuang gigi haiwan tersebut sekaligus mencetuskan rasa jijik dalam kalangan netizen.
Teruskan MembacaSeperti mana yang dikongsikan oleh amighul deghaman di aplikasi X, dipercayai terdapat seorang peniaga menunjukkan cara yang betul untuk memasak gulai kepala kambing, malah dikecam kerana didapati kepala kambing itu masih mempunyai gigi.
“Masa cuci ini, mereka berus sekali tak gigi kampung itu? Emm,” komen aqilah.
“Dah kenapa sampai gigi percuma. Siapalah yang nak sangat dekat gigi itu,” selar shullz.
“Bukan gigi percuma sahaja, sekali dengan kulit kepala kambing diaorang lahap, masak sekali. Kot iya pun, lapah kulit kepala itu dan buang gigi sekali,” komen zahrzikri.
Terdapat juga warganet yang mendakwa kepala kambing yang dijual dengan harga RM39 sehingga RM50 itu sukar sekali untuk diterima dek tekak kerana dianggap kurang bersih untuk dijadikan santapan harian.
Walaupun dikecam hebat oleh warganet, namun kari kepala kambing bersama gigi itu tetap menjadi rebutan ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang demi merasa keunikan makanan itu. – KL Viral
Baca juga: