Terkini

Kerajaan teliti angkat martabat sektor ekonomi PKS, MLTM

KERAJAAN Madani telah meneliti dua kertas pembentangan iaitu Pemerkasaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia dan Pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat (MTLM) bagi Tenaga Buruh Asing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha ini bertujuan meningkatkan skala dan daya saing PKS, manakala usaha pelaksanaan MLTM pula adalah untuk memastikan peratusan pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja.

“Terkait pelaksanaan MTLM, konsepnya telah mula diperkenalkan dalam RMKe-11 sebagai mekanisme penambahbaikan dalam mengurus dan mengawal pekerja asing berkemahiran rendah.

“Mesyuarat bersetuju bagi kerajaan mengambil tindakan intervensi ke atas isu-isu struktur yang dibincangkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.

Tambah Anwar, kerajaan dalam Belanjawan 2024 telah menyasarkan supaya MTLM dilaksanakan sebelum hujung tahun 2024.

Beliau berkata, mesyuarat telah memperincikan ciri-ciri dan pandang sektor-sektor ekonomi yang terlibat.

Justeru, pihak berkaitan turut perlu melaksanakan libat urus dengan wakil-wakil industri serta mengenal pasti penambahbaikan dasar berkaitan pengurusan pekerja asing dan program bagi meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top