Oleh: Haikal Tajuddin
SEBAIK sahaja memperagakan pakaian di karpet merah Anugerah Grammy 2025 di Los Angeles, penyanyi rap terkenal, Kanye West bersama isterinya, Bianca Censori dipercayai telah dihalau keluar mengenakan pakaian yang seakan-akan berbogel.
Teruskan MembacaBBC News melaporkan bahawa kontroversi itu berlaku sebaik sahaja Bianca menanggalkan kotnya lalu mendedahkan pakaian lutsinar ketika sedang bergambar bersama suaminya.
Manakala, suaminya itu pula mengenakan pakaian yang berwarna hitam bersama cermin mata hitam.
Setelah penampilan itu ditonjolkan di hadapan kamera, diakui, kedua-dua pasangan suami isterinya itu telah ‘ditendang’ keluar daripada menghadiri acara tersebut.
Selaras dengan perkara tersebut, Mirror melaporkan, Bianca kini telah disabit kesalahan dan bakal dikenakan hukuman sehingga enam bulan penjara daerah dan atau maksimum $ASD 1,000 (RM4,445.51).
Sekiranya kesalahan tersebut berulang lagi, isteri kepada Kanye itu dikatakan akan dijatuhi hukuman lebih berat dengan minimum 10 tahun penjara di penjara negeri.
Difahamkan, ini merupakan kemunculan pertama Kanye selepas 10 tahun tidak menghadirkan diri di Anugerah Grammy.
Kali terakhir penyanyi lagu Praise God ini memenangi dua anugerah di Grammy pada 2022 menerusi kategori Lagu Rap Terbaik dan Persembahan Rap Melodik Terbaik. – KL Viral
Baca juga: