DALAM dunia yang semakin moden dan terbuka, identiti jantina menjadi topik yang semakin hangat dibincangkan, terutama dalam konteks penerimaan sosial dan hak individu.
Salah satu aspek identiti jantina yang sering disalah fahami adalah golongan lelaki yang cenderung menghayati perwatakan dan gaya hidup feminin, atau yang sering disebut sebagai ‘lelaki lembut’.
Teruskan MembacaNamun, bukan kaum lelaki sahaja yang cenderung ke arah feminin bahkan terdapat juga kaum wanita yang lebih ke arah maskulin.
Walaupun begitu, video yang tular baru-baru ini menunjukkan bahawa isu tersebut terlalu dinormalisasikan hingga melibatkan isu sensitif yang melibatkan komuniti LGBTQ (budaya suka sama jantina).
Menerusi video yang berdurasi 23 saat di laman X, seorang wanita dilihat menemu ramah beberapa individu dalam golongan ‘lelaki lembut’, bertanyakan mengenai kriteria lelaki idaman mereka.
Perkara tersebut menimbulkan rasa marah warganet, kerana ia kelihatan seperti rakyat dalam negara sedang cuba untuk menormalisasikan perkara yang terangan melanggar hukum agama Islam, yang merupakan agama rasmi bagi Malaysia.
Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal kerana isu sebegini terlalu dinormalisasikan sehingga golongan LGBTQ semakin selesa melakukan kemungkaran di khalayak ramai.
“Sayang sekali benda ni dah semakin nak dinormalisasikan di Malaysia,” komen Achrfhkm_jf.
“Yang interview pun bang***. Terang-terang mereka ni pon*** lagi nak support. Bod**,” kata Usin_MdNxxr.
“Taknak komen pasal mereka sebab cakap pun dah tak guna at this point. Tapi nak cakap dekat tuan punya content ni. Kau dah kenapa bod** sangat buat content tak ada faedah macam ni? What’s your point?” ujar Itsjustlunaaaaa.
“Apa lan*** ni? Nak angkat martabat transgender ke? Siapa lah owner yang buat content mus**** ni. Elok lah tu dua-dua macam kim**,” komen Trippyrinn.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati peraturan negara yang berlandaskan agama Islam yang terangan menegah daripada mempunyai perasaan suka sesama jantina.
Kita bebas untuk melakukan apa-apa sahaja jenis kandungan di media sosial, namun kita perlu beringat bahawa kita perlu mematuhi peraturan yang digariskan dalam negara. — KL Viral
Baca juga: