Tindakan penyanyi popular, Bella Astillah, berduet dalam video TikTok bersama anak-anaknya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, terus jadi tular dan jadi bualan hangat netizen!
Dalam video yang menggunakan lagu Price Tag nyanyian Jessi J itu, Saddiq kelihatan mesra memangku si comel Ara Adreanna, manakala si abang, Ayden pula duduk rapat di sebelah. Sekali pandang macam keluarga bahagia dah!
Teruskan MembacaNamun yang paling mengejutkan, ramai warganet perasan satu perkara:
“Eh, muka anak-anak Bella ni macam… Saddiq?!!”
Video itu segera dibanjiri komen-komen berseloroh dan ‘confused’, dengan ramai netizen bergurau bahawa anak-anak Bella saling tak tumpah iras muka Syed Saddiq. Ada yang siap kata:
“Sekali imbas, macam anak kandung!”
Di ruangan komen, ramai mengaku suka lihat ‘chemistry’ Bella dan Saddiq, malah ada yang ‘ship’ mereka tanpa segan silu!