BARU-baru ini, pempengaruh media sosial Andika Putera menjadi bualan hangat selepas mempromosikan komuniti ‘Old Money‘ yang ditubuhkannya lengkap dengan penampilan mewah dan bergaya ala elit.
Namun, tindakannya ini mendapat kritikan hebat daripada warganet yang menuduh Andika salah faham tentang maksud sebenar ‘Old Money‘ – iaitu gaya hidup keluarga kaya yang telah lama mewarisi kekayaan sejak turun-temurun.
Teruskan Membaca“Old money ni ada generational wealth dari tok nenek moyang mak ayah. Bukannya trend. Kau boleh tiru, tapi takkan boleh sama. Ia (Old money) tentang peradaban, bukan pemakaian,” kata JatIkhwan menerusi aplikasi X.
Andika dan pengikutnya yang menggayakan pakaian tebal serta gaya Eropah dianggap tidak sesuai dengan cuaca tropika Malaysia.
“Bila nak cuba mengenakan gaya elitisme kelas atasan… knitwear atau cashmere di leher ni, bukan di negara tropika bang. Berlecak kesudahannya,” komen Saifulhisyam.
Reaksi kritis ini membawa kepada persoalan: adakah komuniti ‘Old Money‘ yang ingin dipaparkan ini benar-benar memegang makna sebenar gaya hidup elit yang bersahaja atau sekadar trend fesyen yang cuba meniru gaya Eropah?
Seperti yang dilihat dalam pelbagai komen di media sosial, ramai yang merasakan bahawa ‘Old Money‘ di Malaysia adalah lebih tentang warisan dan keturunan daripada sekadar penampilan eksklusif atau simbol status. — KL Viral
Baca juga: