KEHADIRAN jemaah yang lebih 12,000 ke Masjid Sultan Iskandar, Datuk Onn, Johor Bahru dalam Program Semarak Subuh untuk menunaikan solat Subuh.
Menariknya, kerana kehadiran jemaah yang lebih daripada kapasiti masjid tersebut, solat Subuh secara berjemaah itu terpaksa didirikan sebanyak dua kali. Ia memberi ruang dan peluang kepada jemaah lain yang tidak dapat berjemaah bersama pada solat Subuh pertama
Teruskan MembacaKehadiran jemaah seperti Subuh-Jumaat itu, turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan ianya merupakan kai pertama solat Subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali sejak masjid itu dibina.
“Syukur Alhamdulillah, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Program Semarak Subuh Johor. Ini juga kali pertama solat Subuh didirikan dua kali sejak masjid ini didirikan.
“Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT,” katanya menerusi lama Facebook beliau.
Dalam masa yang sama , tular di media sosial berkenaan solat Subuh di lokasi tersebut sekali gus mendapat sokongan dan pujian yang baik dari netizen.
“Orang kafir takut bila orang Islam keluar tunaikan solat Subuh, terbaik,” kata Hazim
“Alhamdulillah, semoga anak dan menantu dibuka hati oleh Allah untuk menunaikan solat Subuh berjemaah,” kata Nilam.
“AllahuAkbar. Alhamdulillah. Moga kita semua kekal istiqomah hingga akhir hayat,” kata Hudah.
Sekadar info, Onn Hafiz turut bersolat jemaah di masjid itu bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid serta beberapa pempengaruh seperti Jalil Razak, Acad Rajalawak dan Shahrol Azizie Azmi. — KL VIRAL
Baca juga: