Oleh: Hanim Nadia
DOL’S podcast yang diterajui oleh Shuib, Fizie, Shuk dan Mamat menerima kecaman hebat selepas tular gambar mereka bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Abah Hayat yang juga seorang bekas banduan kes berprofil tinggi.
Teruskan MembacaShuib berkongsi perkara itu menerusi laman Instagramnya dengan menulis “Abah Hayat. InsyaAllah Jumaat ini di Dop Podcast”.
Untuk rekod, Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat pernah terlibat dengan jenayah “kerat 8” pada tahun 2001.
Dalam kes tersebut, Abah Hayat dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh seorang tukang besi dengan tubuh mangsa dikerat lapan bahagian, sebelum mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah pada Mei 2018 dan status banduan akhir berubah kepada banduan hayat.
Pada Februari 2024, kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Alor Setar semula kerana kerajaan memansuhkan hukuman hayat ke atas semua banduan di penjara dan hukumannya digantikan dengan hukuman penjara selama 35 tahun dari tarikh tangkap, iaitu pada 2001.
Bekas banduan tersebut telah bebas pada 3 Oktober lalu.
Meninjau di ruangan komen di Instagram Shuib, rata-rata netizen bangkit dan melemparkan komen yang berbaur negatif, mencemuh dan memaki tindakan mereka menjemput bekas banduan tersebut ke podcast mereka.
“Apa keperluan bagi publisiti kepada pembunuh? Nak naikkan rating pun boleh je jemput ahli sukan ke tokoh-tokoh ke,” soal Mubinbasiron.
“Nak jemput penjenayah yang dah kerat 8 tu, jemput sekali ahli keluarga yang kena kerat. Nak tengok diorang setuju ke tak,” cadang adib.sfwt.
Mereka juga menganggap tindakan ahli podcast tersebut tidak menghormati keluarga mangsa ekoran daripada menjemput Abah Hayat sebagai tetamu jemputan mereka untuk ditemubual.
Netizen juga mempersoal kenapa perlu diangkat kisahnya seolah-olah memberi perhatian lebih kepada bekas banduan tersebut.
Bukan itu sahaja, ada netizen yang menyelitkan kes bunuh pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang menjadi mangsa buli dan korban bunuh ekoran tercetus podcast yang menjemput bekas banduan tersebut.
“Ni kalau pembunuh Zulfarhan UPNM bebas tali gantung, macam ni juga ke korang nak angkat pembunuh tu semua? Langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa…” luah najwahudaa.
Baca juga: