Terkini

“Semalam isteri yang uruskan…” Shahrol Azizie tersalah hantar anak ke sekolah, cikgu ‘sound’ yang salah adalah awak!

BEKAS pelawak, Shahrol Azizie layak dinobatkan sebagai bapa paling ‘rare’ apabila dia secara tidak sengaja menghantar anaknya ke sekolah yang berbeza pada hari kedua sesi persekolahan bermula.

Dalam satu video yang tular, Shahrol atau nama lengkapnya, Shahrol Azizie Azmi mendapat panggilan dipercayai daripada Sekolah Kampung Melayu, Ampang berkenaan anak lelakinya, Rizqi.

“Atas faktor kesibukan kerja, saya minta bantuan isteri uruskan kemasukkan darjah satu sekolah anak. Dalam perbincangan nak masukkan Iqi (anak) ke sekolah mana dan ada dua nama disebut.

“Cerita pada hari ini, saya hantar anak saya ke sekolah. Lepas beberapa jam hantar Iqi, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah.

“Risau jugalah kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, cikgu yang menguruskan perkara tersebut memuji anak kepada bekas pelawak itu kerana kerana dapat mengingati nama sekolahnya meskipun pada hari kedua sesi persekolahan bermula.

“Iqi pula dah siap masuk kelas belajar tapi dia pelik tengok padang tak sama macam sekolah dia pergi sebelum puasa tu.

“Dia terus jumpa cikgu bagitahu dan cikgu pun tengok nametag dia lalu terus hantar ke pejabat. Jadi kepada ayah diluar sana, jangan lakukan kesilapan sebegini. Maafkan ayah ye Iqi dan terima kasih cikgu-cikgu yang membantu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Shahrol dan memuji kecerdikan anaknya itu.

“Sempatlah mengajar Iqi Bahasa Melayu tadi. Cerdik Iqi, jawab soalan dengan jelas dan semoga cemerlang di STM1,” kata Suhanies.

“Sekali bagi je cikgu, kau ni mabuk eh? hahaha memang buat hal bapak-bapak,” kata Zulaikha.

“Aduhai ingat dalam TV (televisyen) je buat lawak, kat luar pun lagi dia buat,” kata Zairul.

“Bila bapak-bapak uruskan anak hahaha, tapi takpa ini semua pengalaman. Alhamdulillah anak tu cerdik cepat beritahu cikgu,” kata Icah.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top