TULAR di media sosial rakaman seekor gajar liar yang berkeliaran di pinggir jalan dan merempuh sebuah kereta di jalan Gerik-Jeli pada Sabtu.
Berdasarkan video itu dilihat, kereta-kereta mengalami kesesakan jalan raya susulan baru sahaja menyambut perayaan Aidilfitri.
Teruskan MembacaBagaimanapun, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan malah kata pemilik kenderaan mereka bersyukur walaupun kereta miliknya kemek dan calar.
“Gajah rempuh kereta, syukur semua selamat, kereta tidak mengapa boleh baiki,” tulisnya dalam video itu.
Pemandu jalan raya, terutama di kawasan berhutan pastinya tidak dapat mengelak untuk terserempak dengan gajah liar yang berkeliaran atau melintasi lebuh raya.
Oleh itu, berikut antara cara menyelmatkan diri daripada diserang gajah liar menurut Sahabat Alam Malaysia:
- Memandu secara berhemah.
- Perlahankan kenderaan apabila terdapat papan tanda kawasan lintasan hidupan liar.
- Tidak menggunakan lampu tinggi.
- Elak membunyikan hon.
- Tidak panik.
- Berdiam diri, jangan lakukan pergerakan dengan tiba-tiba dan berundur diri secara perlahan.
- Jangan membuatkan haiwan itu merasa terancam, ia mungkin mencetuskan tindak balas mengejut.
- Keluar daripada kereta juga berisiko dan perlu dielakkan sepenuhnya.
- Menggunakan kamera dengan cahaya lampu juga perlu dielakkan.
- Gunakan kaedah larian ‘zig-zag’ jika gajah mengejar untuk menyulitkannya kerana kesukaran menukar arah.
Diharapkan semua masyarakat peka dengan papan tanda ‘Laluan Hidupan Liar’ dan bersedia dengan apa jua keadaan sekiranya terserempak dan tidak panik.
Baca juga: