PENYANYI dan juga ahli anggota kumpulan terkemuka tanah air, Angel Dolla tampil memberikan kenyataan mengenai hubungannya bersama pelakon Amir Ahnaf, semalam.
Selepas terpalit dalam satu kontroversi yang melibatkan Amir dan bekas teman wanitanya itu, Angel turut terkena tempias kuat yang memaksanya untuk memberikan penjelasan mengenai kejadian itu.
Teruskan MembacaMengambil maklum mengenai isu tersebut, Angel menerusi akaun X miliknya, tampil menafikan sebarang spekulasi yang menuduhnya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu.
Dalam perkongsian tersebut, Angel turut menegaskan bahawa dia dan Amir Ahnaf cuma rakan karib di dalam industri dan beliau mengharapkan peminatnya tidak terlalu bimbang.
“Tetapi kami berdua tidak pernah keluar lepak bersama, jadi saya harap kalian jangan risau.
“Saya akan terus bekerja keras untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya dan membanggakan nama Malaysia. Saya minta maaf kalau ada apa-apa yang saya buat salah,” katanya.
Terdahulu, peminat meluahkan rasa kurang senang apabila Angel terpalit dengan khabar angin yang melaporkan beliau ‘bercinta’ dengan pelakon itu setelah isunya dan teman wanita hangat dibicarakan di laman X. — KL Viral
Baca juga: