RUMAH tangga pasangan selebriti popular, Nur Fazura dan Fattah Amin sekali lagi menjadi tanda tanya setelah sekian lama tidak memuat naik gambar bersama di media sosial masing-masing dari bulan Jun 2024 hingga kini.
Bagaimanapun tiada angin, tiada ribut baru-baru ini heboh di media sosial apabila peminat mendakwa hubungan pasangan itu sedang dilanda masalah.
Teruskan MembacaSebelum ini, spekulasi rumah tangga bergolak timbul apabila netizen mendakwa rumah tangga mereka berada dalam keadaan kurang baik menerusi hantaran gambar atau video menerusi laman media sosial mereka.
Dalam masa sama, netizen mula curiga apabila Nur Fazura Sharifuddin atau lebih gemar dipanggil Fazura sudah jarang memuat naik gambar bersama Fattah di aplikasi Instagram miliknya, malah, sering dilihat hanya berdua bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Sementara itu, Fazura sudah menjelaskan perkara tersebut sebelum ini dan menepis segala dakwaan berkenaan rumah tangganya itu.
“Sebenarnya saya tak tahu hujung pangkal daripada mana cerita ini bermula.
“Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ mempamerkan kemesraan dalam media sosial. Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Jadi, saya rasa tak perlulah tunjuk kebahagiaan bersama keluarga dalam media sosial,” katanya.
Bukan itu sahaja, ramai netizen yang meninggalkan komen berkenaan hubungan mereka sebagai suami dan isteri.
Ada yang memberikan kata-kata positif, namun, ada juga yang memberikan pandangan tersendiri tentang keadaan rumah tangga pasangan itu.
Adat resam dalam perkahwinan, ada masa berada di atas dan ada ketikanya jatuh maka, doakan yang terbaik buat Fazura dan Fattah. — KL Viral
Baca juga: